Tuesday, April 6, 2010

the FEAR of FAILURE!!

Ramai orang takut untuk mengambil risiko sebab ianya mungkin mendatangkan kecelakaan kepada diorang..tapi ramai pula orang yang berlumba-lumba untuk berjaya sebab kejayaan dapat menjamin masa depan diorang..

Tapi adakah diorang pernah fikir bahawa 'Kejayaan' dan 'Risiko' adalah sesuatu yang tak boleh dipisahkan..Tun Dr Mahathir pernah mengatakan "sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya"..

Salah satu faktor yang mendorong seseorang untuk menolak risiko adalah takut terhadap kegagalan..aku pun pernah mempunyai pemikiran yang macam tu..aku takut untuk melakukan sesuatu yang akan membuatkan aku kelihatan bodoh di mata orang lain dan takut untuk menerima kritikan daripada mereka..

Seseorang yang aku hormati pernah cakap "just because someone criticizes you , it doesn't mean you have done anything wrong. Some people may see you as a fool, but what is important is that you are willing to experience something new in your life".

Aku ambik kata2 tu sebagai pedoman dalam hidup aku..Tapi, nak berubah bukanlah sesuatu yang mudah..Aku sangat kagum dengan seorang kawan yang belajar dalam 1 kuliah dengan aku, dia seorang yang sangat berani untuk menegakkan apa yang sepatutnya ditegakkan walaupun mendapat kritikan daripada orang lain..kekadang aku berharap aku akan jadi macam dia..seperti apa yang aku cakap tadi, nak berubah bukanlah perkara yang boleh dilakukan dalam masa sehari dua..namun, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil..asalkan aku ada keazaman tu, aku yakin aku BOLEH(serius mood)..

Apa yang aku nak lakukan sekarang adalah melihat ke DEPAN..apa yang dah terjadi di belakang dah tak boleh diubah, tapi apa yang akan datang di depan masih belum bermula (masih ada masa untuk diubah)..